Di bawah adalah antara testimoni buasir dan pengalaman daripada segelintir pesakit-pesakit buasir yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Buasir Sidaq.


Siti Ishak

Saya telah mengalami penyakit buasir ini hampir 12 tahun. Saya telah mencuba pelbagai rawatan moden dan tradisional dan telah menghabiskan banyak wang ringgit untuk sembuh. Namun, hasilnya amatlah mengecewakan.

Sebelum ini, penyakit tersebut tidaklah terlalu teruk. Walau bagaimanapun, bermula tahun 2012, penyakit buasir saya semakin hari semakin teruk sehingga saya sentiasa merasa sakit hampir setiap hari apabila hendak ke tandas. Pada bulan Februari 2012, saya telah melayari fb di rumah dan secara tidak sengaja, saya tergerak untuk menaip dan mencari perubatan buasir secara tradisional. Apabila saya membaca di halaman internet ini, saya menjadi tertarik kerana perubatan ini hanyalah dengan memeriksa denyutan nadi. Saya pun bertekad untuk menghubungi mereka melalui no. telefon yang tertera dan membuat temujanji.

Sampai di sana, saya telah menemui pakar yang sangat berpengalaman. Beliau telah memeriksa nadi saya dan memberi penerangan yang sangat berguna mengenai punca penyakit buasir ini. Asalnya sebelum itu, saya hanya ingin melihat dulu dan tidak mahu membuat sebarang rawatan. Tetapi, setelah diberitahu betapa bahayanya penyakit ini sekiranya tidak dirawat, saya terus bersetuju untuk membuat rawatan di sana dan dengan harapan agar penyakit ini dapat sembuh sepenuhnya.

Di sana, saya telah dibekalkan dengan beberapa jenis ubat herba yang mana perlu diambil mengikut masa yang telah dijadualkan. Dari segi pemakanan, saya perlu untuk "diet vegetarian" selama tempoh 2 minggu berturut-turut, perlu elakkan makanan segera, lebihkan makanan berserat dan sayur-sayuran. Pada tempoh 3 minggu pertama rawatan, saya masih lagi mengalami kesakitan semasa ke tandas, namun ianya telah beransur pulih dari hari ke hari. Dan sehingga ke hari ini, buasir yang saya alami telah sembuh.

Saya telah mendapatkan rawatan selama 3 kali berturut turut dalam tempoh 3 bulan. Dan kini hasilnya saya telah sembuh dari penyakit buasir yang amat menyakitkan. Walaupun telah sembuh, saya masih lagi meneruskan pengambilan ubat herba yang bersesuaian. Saya juga dapat merasakan badan saya lebih segar dan bertenaga. Jika dulunya saya sering cuti sakit kerana buasir, kini saya lebih bersemangat dan bertenaga untuk bekerja dan tidak ada lagi cuti sakit bagi buasir.

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana telah menggerakkan hati saya untuk membuat rawatan di sini. Saya juga berterima kasih kepada Cik Johi kerana telah banyak membantu saya semasa saya dalam proses pemulihan. Kepada rakan-rakan yang mengalami penyakit ini, saya amat berharap supaya dapatkanlah rawatan segera sebelum terlambat.

- KEMBALI KE ATAS -

Mohd Rashid

Ramai yang tidak menyedari bahawa penyakit buasir bermula dari usus yang bermasalah. Pada mulanya saya memang mempunyai masalah sembelit dimana sukar untuk membuang air besar dan ada kalanya ianya tidak menjadi rutin harian.

Keadaan ini menjadi lebih rumit apabila tiada pengetahuan khusus penjagaan usus, kurang minum air kosong dan tidak mengambil serat secara betul.

Saya pernah mengalami buasir sejak 5 tahun yang lalu dan ianya tidak serius (tidak menyakitkan). Apa yang saya ketahui ketika itu adalah saya hanya mengalami buasir luaran. Rawatan ketika itu adalah dengan mengambil ubat surut bengkak (diafflon) daripada klinik. Hanya dengan rawatan moden tersebut buasir saya kecut.

Namun begitu baru-baru ini (Februari 2012) saya mengalami bengkak buasir yang serius dan doktor memaklumkan bahawa ianya berada di tahap yang ke tiga. Doktor cuba menolak buasir dan memberi ubat yang sama iaitu diafflon. Ketika ini saya mengalami kesakitan yang amat kuat dan tidur malam terganggu.

Saya telah mencari rawatan alternatif dengan harapan penyakit yang dideritai ini pulih sepenuhnya. Saya terjumpa satu rawatan di laman web menggunakan kaedah ayurvedic yang beralamat di Sentul. Melalui perbualan telefon saya dapati doktor tersebut ikhlas dan cukup berpengetahuan tentang penyakit yang saya hadapi.

Melalui temubual dan denyutan nadi ,beliau telah mendiagnos bahawa saya menghadapi gangguan usus dan memberikan rundingan yang amat sempurna. Kaedah rawatan beliau bukan sahaja melalui ubat-ubatan malahan nasihat tentang pemakanan yang betul iaitu kuantiti, masa diet, jenis diet dan lain-lain lagi. Beliau juga turut mengajar teknik senaman khusus untuk masalah yang saya hadapi.

Saya melalui tempoh berpantang selama dua minggu dengan sabar termasuk mengambil rawatan herba secara berdisiplin. Saya perlu mengambil sayuran, buah-buahan dan memulakan hidangan dengan terapi jus buah-buahan yang disediakan sendiri. Alhamdulillah penyakit yang saya deritai telah pulih dan bengkak tahap tiga telah surut sepenuhnya walaupun sebelum ini doktor meramalkan saya perlu menjalani pembedahan.

Untuk perhatian, ramai di luar sana mengalami masalah lebih serius setelah menjalani pembedahan dan ianya bukanlah penyelesaian mutlak.

Apa yang menarik tentang rawatan di sini adalah ilmu tentang pemakanan yang saya tidak pernah perolehi dimana-mana tempat dan khidmat rundingan yang amat baik. Pembantu doktor amat setia dan sabar melayani karenah pesakit , menjadi pakar rujuk setiap makanan yang hendak diambil serta sentiasa menghubungi pesakit bagi mengetahui keadaan pesakit dari semasa ke semasa.

Saya percaya apa yang perolehi di sini amat bermakna. Apa yang saya perolehi lebih daripada merawat penyakit buasir dimana saya berupaya merawat simtom-simtom lain seperti kadar kolestrol tinggi, kadar asid urik tinggi, tekanan darah dan lain-lain lagi. Saya nasihatkan kepada semua, semua penyakit bermula dari perut dan rawatan di sini memberi harapan baru untuk anda memulakan hidup baru dengan lebih sihat.

- KEMBALI KE ATAS -

Sirin Madyusa

Saya berumur 47 tahun dan bekerja sebagai agen Takaful. Saya tidak benar-benar pasti sejak 3 atau 4 tahun lalu saya menghidapi suatu penyakit yang saya tidak sedari. Saya mula mengalami masalah semasa membuang air besar dimana kerap sembelit dan mengambil masa lama di tandas. Semakin lama keadaannya semakin teruk dimana dimasa-masa tertentu sehingga berlaku pendarahan semasa membuang air dan kerap rasa tidak selesa dan sakit di dubur.

Saya pernah mendapatkan ubat di klinik biasa dan doktor hanya mengatakannya sebagai luka dan sememangnya lambat untuk sembuh. Beliau juga mengatakan satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan membuat pembedahan membesarkan pembukaan saluran najis keluar. Pastinya saya mengelak untuk dibedah.

Suatu hari saya terlihat iklan pakar buasir di akhbar Harakah dan atas rasa terdesak saya terus menghubungi pakar berkenaan membuat temujanji. Pada hari yang ditetapkan saya berjumpa dengan pakar berkenaan dan beliau menggunakan kaedah merasa nadi di pergelangan tangan untuk mengukur tekanan darah dan kolestrol dan kemudian mengesahkan bahawa saya menghidapi buasir sudah beberapa tahun. Beliau memberi preskripsi ubat-ubatan untuk saya makan selama satu bulan dan mengatakan dengan izin Tuhan penyakit saya akan sembuh dalam masa antara 1-3 bulan. Saya juga perlu mengamalkan diet vegetarian untuk 2 minggu pertama.

Setelah mengambil ubat-ubatan yang diberi oleh pakar tersebut selama satu bulan saya amat bersyukur kerana penyakit yang saya hidapi bertahun-tahun telah sembuh. Saya tidak lagi berasa risau setiap kali mahu ke tandas seperti sebelumnya. Saya amat bersyukur kepada Allah S.w.t. dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pakar berkenaan. Kepada tuan/puan yang menghidapi penyakit yang sama saya syorkan agar jangan bertangguh kerana bertangguh akan menyebabkan penyakit yang dihidapi bertambah teruk, kesihatan kita amat berharga. Hubungilah pakar berkenaan yang sentiasa bersedia membantu. Bertindaklah sebelum terlambat.

- KEMBALI KE ATAS -

Roslan

Saya terpaksa dipapah kerana tidak boleh berdiri tegak dan duduk. Saya juga tidak boleh berdiri betul dan terpaksa berjalan dengan mengangkang sambil tunduk kerana menahan kesakitan. Keluarga saya hendak menghantar saya ke hospital untuk memotongnya. Tetapi bapa saudara saya menasihatkan saya agar jangan dan cari kaedah perubatan alternatif. Saya telah meminta seorang kawan mencari tempat untuk mengubat buasir melalui iklan yang disiarkan dalam akhbar tempatan. Akhirnya dia bertemu dan membawa saya berjumpa dengan Cik Johi di Pusat Rawatan Buasir Sidaq. Sewaktu hendak menemuinya, saya dipapah oleh kawan karib kerana tidak dapat berjalan dengan betul akibat terlalu sakit. Pendarahan dan air busuk masih keluar dan saya hanya boleh memakai kain sarung dan melapiknya dengan tuala wanita.

Cik Johi menggunakan kaedah perubatan alternatif, beliau hanya memegang nadi tangan saya dan terus menyediakan ubat daripada campuran herba dan makjun (ubat tradisional). Beliau menyuruh saya menelannya. Selepas 45 minit, beliau menyuruh saya duduk. Saya enggan lakukan kerana sakit. Kemudian disuruhnya saya menelan sebiji lagi makjun. Selepas makan kali kedua, beliau suruh saya duduk, barulah saya dapat duduk seperti biasa.

Setelah pulang ke rumah, saya hanya baring. Setelah seminggu, barulah usus yang terkeluar melalui lubang dubur itu masuk semula. Saya terus memakan ubat campuran herba yang dibekalkan. Tetapi terpaksa menghadapi satu lagi gejala iaitu cirit-birit. Saya tidak dapat mengawal cirit-birit ini. Ia akan keluar pada bila-bila masa sahaja. Tiada amaran seperti hendak buang air besar di mana kita bersedia untuk berjalan ke tandas. Cirit-birit itu adalah tindakblas daripada ubat campuran herba dan makjun yang dibekalkan oleh pakar buasir alternatif itu. Mulanya saya bimbang, tetapi setelah diberi nasihat keadaan itu berlaku kerana kesannya, barulah saya faham. Campuran herba dan makjun itu sebenarnya bertindakblas membersih semua bahan-bahan makanan yang kotor (toksid) dalam usus dan membuangnya melalui cirit-birit.

Selepas dua minggu, darah mulai berhenti tetapi lendir pada bahagian dinding dubur tetap keluar tanpa amaran dan tidak menentu waktu. Saya terpaksa masuk kerja semula. Semasa di tempat kerja saya terpaksa pakai tuala wanita yang dilapik dibahagian dubur. Saya memakai tuala wanita selama dua minggu lamanya.

Bagi memastikan sakit buasir ini sembuh sepenuhnya, saya terpaksa berpantang dengan memakan nasi bubur dan sup yang dicampur dengan lobak merah dan cendawan sahaja. Inilah makanan harian saya selama satu setengan bulan lamanya. Semasa di pejabat saya hanya minum Horlicks dan air soya sahaja. Saya juga makan roti jagung yang mempunyai banyak serat. Kesungguhan saya menjaga pemakanan dengan sempurna telah mempercepatkan proses pemulihan sakit buasir yang saya deritai.

Kini saya gembira kerana telah sembuh sepenuhnya daripada buasir. Namun begitu, penderitaan yang dialami saya tetap kekal dalam ingatan dan berharap agar mereka yang mempunyai gejala awal buasir segera mengubatnya selain menjaga pemakanan mereka melalui pemilihan makanan yang sesuai sahaja. Kalau sudah ditahap serius seperti saya, baru hendak menyesal sudah terlambat. Kalau diserang buasir yang kritikal seperti saya dulu, pasti tidak tertanggung sakitnya. Bukan sahaja hendak berjalan tak mampu, malah dudukpun tak boleh.

Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda awal buasir, saya menasihatkan mereka agar segera pergi ke Pusat Rawatan Buasir Sidaq agar sakit yang baru hendak menular itu dapat dibendung. Setelah menjalani rawatan, saya kini telah bebas daripada sakit buasir. Wajah saya juga semakin berseri dan lebih muda daripada usianya, kesan daripada pengambilan ubat campuran herba yang dibekalkan. Walaupun sudah sembuh, saya terus mengambil ubat campuran herba untuk memastikan buasir tidak lagi menyerang.

- KEMBALI KE ATAS -

Mohd Shaari

Mohd Shaari, 43 tahun dari Cheras, Kuala Lumpur mula mendapat buasir awal 90-an. Akibat penyakit tersebut, kehidupan Shaari terjejas teruk. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana terlalu banyak mengambil cuti, malah turut memberikan kesan kepada hubungan suami isteri.

Paling menyeksakan ialah kesukaran beliau untuk bergerak bebas dan membuang air besar. Banyak masa dihabiskan untuk berehat dan hanya membuang air besar setiap dua atau tiga hari sekali kerana fobia dengan kesakitan yang dialami.

Semakin lama keadaan beliau semakin bertambah serius sehingga suatu tahap beliau mengalami pendarahan pada dubur dan denyutan yang menyakitkan.

Pelbagai kaedah dan ikhtiar diusahakan oleh beliau samada secara perubatan tradisional mahupun menziarahi hospital-hospital kerajaan untuk rawatan secara saintifik.

Pihak hospital mencadangkan agar saya menjalani rawatan secara pembedahan. Bagaimanapun risikonya ialah rawatan ini akan mengambil tempoh yang lama untuk sembuh seperti sediakala dan pada masa yang sama juga saya terpaksa bercuti lebih panjang dan ini sudah tentu akan menjejaskan kerjaya saya.

Dengan hati yang berat saya terpaksa menolak kaedah rawatan secara pembedahan ini. Begitupun, saya bernasib baik kerana ditakdirkan saya terbaca mengenai iklan Rawatan Buasir di akhbar Harakah. Saya terus menghubungi pusat rawatan ini di Sentul.

Lawatan pertama saya di pusat rawatan buasir tersebut mendedahkan saya kepada kaedah mengenalpasti penyakit buasir saya melalui bacaan nadi yang sememangnya mengesahkan penyakit saya yang telah dialami selama beberapa tahun.

Buat permulaan saya diberikan beberapa ubat berasaskan herba untuk dimakan dalam tempoh sebulan. Pada masa yang sama juga saya diarahkan untuk memakan sayur-sayuran untuk tempoh dua minggu yang pertama. Kata pakar buasir tersebut, jika diizinkan Allah, saya akan sembuh dalam tempoh 1-3 bulan.

Tempoh pengambilan ubat-ubatan herba serta kaedah pemakanan yang teratur telah berjaya mengurangkan penderitaan saya ketika membuang air besar. Walaupun proses penyembuhan menyebabkan saya terpaksa menghadapi beberapa kesukaran berpantang tetapi ianya berbaloi.

Kini saya semakin sembuh dan saya dapat bekerja seperti sedia kala. Nasihat saya, janganlah bertangguh-tangguh apabila mendapat penyakit buasir atau sembelit di peringkat permulaan. Bertindaklah segera sebelum terlambat. Hubungi pakar rawatan Buasir untuk membantu anda dari kesengsaraan.

- KEMBALI KE ATAS -

Taufiq Hidayah

Saya ingin berkongsi pengalaman, mengenai penyakit buasir yang saya alami selama lebih dari 10 tahun.

Bermula dengan kesakitan yang teramat sangat di bahagian dubur saya, saya telah meminta bantuan seorang rakan bertanyakan tentang perubatan penyakit tersebut. Salah seorang rakan saya telah memberikan no hp Cik Johi kepada saya.

Pada awalnya saya amat keberatan untuk menghubunginya, disebabkan perasaan malu yang teramat sangat. Selang dua hari saya merasakan buasir saya begitu sakit, maka ianya memaksa saya untuk menghubungi Cik Johi. Cik Johi menyuruh saya datang ke kliniknya di Sentul.

Di sana saya telah bertemu dengan seorang pakar yang sangat baik dan berpengalaman. Beliau telah memeriksa penyakit saya dengan hanya memeriksa denyutan nadi di tangan saya. Beliau juga telah memberitahu saya sedikit sebanyak tentang penyakit buasir yang saya alami ini dan bahaya yang akan saya hadapi sekiranya tidak dirawat segera.

Saya pun bersetuju dengan pandangan pakar tersebut dan bersetuju untuk menerima rawatan dari beliau. Pakar tersebut telah memberikan beberapa herba dan ubat untuk saya memulakan rawatan. Pada mulanya saya sangkakan ianya suatu pembedahan, tetapi beliau telah memberitahu saya rawatan beliau tidak memerlukan pembedahan atau apa jua jahitan.

Saya terkejut apabila beliau memberitahu bahawasanya saya hanya memakan herba dan sedikit ubat bagi memulihkan penyakit buasir saya. Dengan Bayaran yang berpatutan, saya telah membawa pulang semua herba tersebut dan mula memakannya setelah sampai ke rumah.

Pada hari pertama saya dapati belum ada apa-apa berubahan. Tetapi pada hari kedua saya mengalami cirit birit yang teruk, hingga lemah seluruh anggota badan. Tanpa berlengah saya pun terus menghubungi Cik Johi untuk mendapatkan kepastian. Beliau memberitahu saya, itu adalah tindakbalas dari herba yang saya makan. Saya pun akur dan meneruskan permakanan tersebut. Di samping itu juga saya terpaksa berpantang mengikut nasihat yang telah diberitahu kepada saya sebelumnya. Dengan berpantanglah maka penyakit saya mudah sembuh dengan cepat.

Pada minggu kedua tanpa saya sedari, penyakit buasir saya telah mulai menjadi kecil sedikit demi sedikit kerana pada awalnya dubur saya telah terjulur keluar menyababkan saya tidak selesa untuk bergerak melakukan aktiviti harian. Ianya juga bertambah sakit dan pedih apabila saya membuang air besar.

Kini bahagian yang terjulur itu telah masuk semula dan mengecut dengan sendirinya. Apabila masuk minggu ketiga penyakit buasir saya telah pulih sepenuhnya. Kini saya kembali menjalani penghidupan sepeti biasa dan saya masih lagi mengamalkan petua-petua dan nasihat yang diberikan oleh pakar tersebut demi menjaga kesihatan saya yang tidak ternilai ini.

Syukur kepada Allah atas anugerah yang tidak ternilai ini dan saya amat berterimakasih kepada Cik Johi dan pakar tersebut kerana telah memberikan banyak nasihat dan tunjuk ajar mengenai permakanan dan cara penjagaan kesihatan.

Kepada rakan-rakan yang mengalami penyakit seperti saya, saya nasihatkan agar pergilah membuat rawatan segera sebelum terlambat dan mudarat.

- KEMBALI KE ATAS -

Muhamad Shaari

Saya adalah seorang pesakit yang menghadapi penyakit buasir yang serius. Penyakit buasir ini telah saya tanggung selama 12 tahun lamanya, dan selama itulah bermacam-macam ubat telah saya ambil, namun belum dapat menyelesaikan penderitaan saya.

Pada Disember 2007, penyakit saya bertambah teruk dan kronik. Saya mulai panik, lalu saya tidak dapat bergerak dengan biasa apatah lagi untuk bekerja. Penderitaan sakit buasir ini amatlah teruk sehingga tak boleh tidur, duduk, berdiri dan macam-macam lagi.

Lalu saya membuat keputusan untuk mengikat(rubber band) disalah satu klinik. Sakit bertambah lagi dan masih tidak dapat menyelesaikan masalah saya. Sehingga suatu hari saya dan isteri saya terbaca majalah Hidayah dan terlihat iklan "Pakar Buasir".

Saya terus menghubungi saudari Johi lalu membuat pertemuan di klinik buasir di Sentul. Setelah sampai, saya dirawat oleh seorang doktor pakar yang banyak memberi pengetahuan tentang penyakit buasir ini. Saya terus membuat pilihan untuk mencuba ubat-ubatan doktor tersebut selama 1 bulan. Ternyata perbezaan sakit saya ada perubahan. Saya pun terus membuat rawatan untuk tempoh 3 bulan.

Dalam masa 3 bulan itu, saya mengikuti arahan berpantang dan mengambil ubat pada masa yang diberi oleh doktor. Alhamdulillah, hari ini saya sembuh. Saya membuang air besar tanpa sakit lagi, dua hingga tiga kali sehari berbanding dengan dahulu tiga hari sekali. Sudah tidak ada fobia tentang itu lagi. Banyak pengetahuan tentang penyakit buasir ini apabila saya membuat rawatan disini. Saya ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang menghidapi penyakit ini dan memberi nasihat pada pesakit-pesakit buasir, berubatlah sebelum terlambat kerana ianya sangat bahaya dan boleh membawa kanser.

Ini adalah kisah benar saya untuk dijadikan tauladan buat semua

- KEMBALI KE ATAS -

Roslan Shariff

Pada 15hb. Februari 2005, saya mengalami buasir yang luarbiasa. lanya telah terkeluar dari dasar dubur iaitu sebesar bola tenis dan tidak boleh ditolak kedalam lagi. Saya terpaksa menahan kesakitan dan tidak mampu berdiri dan duduk. Saya pergi ke Klinik Perubatan Biasa untuk mendapatkan rawatan moden. Doktor menasihatkan supaya membuat pembedahan segera di Hospital Selayang. Oleh kerana takut menjalani pembedahan, saya terpaksa mencari rawatan alternatif.

Pada 18hb Februari 2005, saya menjalani rawatan perubatan tradisional dipanggil HOMEO SIDDHA. lanya dikendalikan saorang Pakar Perubatan Buasir berbangsa India. Saya mesti menjalani peroses perubatan ini selama tiga bulan.

Pada hari pertama saya diberi makan pil herba sebanyak empat belas jenis termasuk majun. Sungguh memeranjatkan dalam masa satu jam saya boleh duduk dan berjalan, walaupun buasir masih berada diluar dubur. Saya mesti mengambil pil herba dan majun ini tiap-tiap hari. Buasir saya mulai mengecut hari demi hari dan pendarahan saya terus berhenti. Syukur Alhamdulillah, dalam masa dua minggu saya sudah mulai sembuh kerana konsisten menjaga pantang larang pemakanan perubatan. Saya mula kembali bekerja pada minggu ketiga.

Mengikuti peraturan perubatan dan disiplin diri adalah punca utama pencapaian pemulihan. Saya perlu memakan pil herba dan majun mengikut peraturan waktu yang telah ditetapkan. Herba dan majun ini bertindak ke atas saluran darah, organ organ, usus besar dan usus kecil. Usus-usus yang telah bengkak begitu lama telah mengecut dan seterusnya menghentikan pendarahan dalaman dan secara automatik buasir turut mengecut dan pulih. Akar umbi yang menyebabkan buasir telah dimatikan oleh herba-herba ini.

Sekarang saya telah sembuh sepenuhnya. Tiada lagi pendarahan dan tiada lagi buasir. Tiada pembedahan dilakukan. Tiada pemotongan buasir. Tiada pengambilan ubat penahan sakit. Kepada sesiapa yang mengalami sakit buasir segeralah berubat menggunakan kaedah ini.