DoshasSiddha Ayurveda merupakan sains untuk kehidupan yang membawa kesihatan dan kesejahteraan yang sebenar untuk berjuta - juta individu sejak turun temurun hanya dengan mengamalkan beberapa perubahan mudah dalam kehidupan seharian. Hanya dengan menggabungkan beberapa kaedah yang terbukti ini ke dalam cara hidup ianya boleh membawa perubahan secara radikal dalam kehidupan anda.

Seni pemulihan dahulu kala ini telah diamalkan secara berterusan lebih daripada 5,000 tahun yang lalu. Banyak prinsip sistem pemulihan secara semulajadi yang kini semakin dikenali di Malaysia yang sebenarnya berasal dari Siddha Ayurveda. Amalan Siddha Ayurveda dapat mengembalikan keseimbangan dan keharmonian seseorang individu dengan memberi pemulihan semulajadi, kesihatan yang baik dan jangka hayat yang panjang.

Jamu herba ini telah lama dicipta oleh pakar perubatan dahulu kala dan ianya adalah yang pertama dan yang paling lama diketahui dan ditemui oleh manusia. Lebih daripada 80% populasi di dunia kini bergantung kepada herba yang berkualiti dan perubatan herba. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengiktiraf ubat-ubatan herba yang menjanjikan masa depan cerah kepada semua.